*Saya bukanlah seorang pujangga yg bijak berbahasa, bukanlah seorang cendekiawan yg petah berbicara, bukan jua seorg ilmuan yg terlalu luas ilmunya..Blog simple, sekadar suka-suka utk coretan diri sendiri sahaja,mungkin juga umpama diari hidup ini*

Thursday, August 26, 2010

10 PETANDA DIA JODOH KITA

Citation from someone's article..


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

+ Ditulis oleh Hj Abdul Samad Profile:
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000474159776 p/s: sebarkan ilmu walau dengan satu ayat..

Monday, August 23, 2010

Time limited!!!!!!!!!

stress!!!
Time is limited!!!
PSM oh PSM...
susah er nk cari journal..
Adakah aku researcher baru yg nk kaji bende ni???

Modelling polyspermy in turtles..

Dlm tajuk PSM ku..
Stochastic process in Biology..

Argh.

Tiada aasan miza..

Ok..journal oh journal!!!

Cikgu? Kawan? Die?

Masa : 10.20pm
Tarikh : 23 Ogos 2010
Tempat : bilik

erm..xtaw knp tetiba sedih..PSM??bukan..Transform??bukan..SRM??bukan..kengkawan??erm,pon bukan..sedih memikirkan apa yg bakal jadi masa hadapan..

Baru je berjumpa someone td..menghadiahkan something..huhu..menghabiskan masa sekejap utk memyelesaikan masalah yg aku hadapi sejak menjak ni..masalah ape??ahaha..ntah r..kerjaya??xtaw r,terfikir nk keje dan peluang terdekat skrg adlh cikgu mrsm..erm..adakah cecita aku yg selama ni aku ukirkan akan terhenti dengan setakat aku menjadi seorang guru sahaja??sudah tentu kalau aku teruskan niat nk jd cikgu ni,aku akan terikat..peluang nk sambung master or direct phd(hanyalah angan2 shj) akan tinggal begitu shj..kemungkinan dlm 5 thn lg,kengkawan dah ade yg jd seorang pensyarah sedangkan aku hanyalah seorang cikgu mrsm..

bukan nk burukkan seorang cikgu,tp rasanya dgn kemampuan yg ada, aku mungkin mampu melangkah lebih dari itu..erm..masih ade masa nk berfikir..erm..die pon nk cuba dapat lbih dr aku..tp ape lbihnya aku??skdr cgpa yg xseberapa??kata2nya terngiang2.."aku xnklah hadiahkan ko keropok lekor tganu je 1 hari nanti,aku akan dapatkan lbih tuk ko,papehal,aku mst cube lbih dr ko"..erm..

Adakah sebenarnya hati ni untuk dy??semoga tuhan mudahkan urusan kami jika ini yg terbaik utkku..ap yg terjadi pada masa hadapan,aku akn cube terima,,biarpun dy utk org lain nnt..ya tuhan..aku xnk kusutkan diri dgn harapan seorg lelaki wat masa ni,biarlah sisa masa setahun terakhir ni aku akan cuba mencipta kejayaan utk masa depanku juga..erm..

pas meeting endau, terus g ktdi..masuk bilik Leha yg kebetulan ade Naza, Leha, Limah, syue n yam..masuk2 je,aku pon berkata.."korg kne tlng aku yg sedang menghadapi masalah ni,cane kalau aku nk jd cikgu mrsm??"..ahaha..cam kes besar je..tp itulah mereka..kawan semasa aku mrsm lg n aku xsegan nk luahkan pd mereka coz mereka yg lbih faham aku..tentangan hebat dr Naza n Leha aku terima..mereka berkata peluang aku cerah lbih dr seorg cikgu mrsm..(tp aku yakin ke??)..Naza dgn excitednya mencerikan situasi cikgu2 zaman skrg terutamanya cikgu mrsm..syue n limah n yam pon tentang..argh..sedikit sebanyak membuka minda aku utk berfikir coz mungkin aku xtaw realiti sebenar..Now,aku jelas dgn hala tujuku masa hadapan..so,in this meantime, aku kne bljr nk naikkan segalanya coz mungkin ape yg mereka kate betul..who knows..kalau ade rezki,InsyaALLAH..Thanks my frenz..luv u all so much..aku xkn lupekan janji aku kat korg nanti if betullah ape yg aku sangkekan dulu menjadi..

Huh..lari dari tajuk..wake up miza..tiada alasan skrg..Wish all your dream comes true..amin

Sunday, August 22, 2010

Nak jadi cikgu

Masa : 3.20 pg
tempat : Bilik
Tarikh : 23 Ogos 2010

Argh..aku xnk tdo..kalau tdo mst xbgn sahur..huhu..terpakse menahan mata ni..ahaha..terkilan sbenarnya, nk wat meeting pengurusan SRM,tp bape kerat je yg sanggup dtg..aduhai..semangat hilang sedikit demi sedikit..

Td buke ngn SRMers kt pinang,bese r,popular dgn nasi ayam penyet..seronok..SRM,tempat yg aku pernah berkongsi sedih gembira..erm..cakap pasal smlm, ujung mggu ni aku bertandang ke Bandar Penawar, Kota Tinggi..Punyalah susah nk g sana..tp da janji xnk susahkan makcik, g je r..xsangke nk g Bandar Penawar tu kne amik bas dr Taman Rusa UTM or Seri Putri Ke City square jb, then amik bas ke Kota tinggi, then amik bas ke bandar Penawar..mmg tough..Bas bndr penawar plak 2 jam sekali..dgn bantuan Naza (salah seorang classmate mase form 5 kat MRSM dulu),aku berjaya gak g sana..thanks so much to Naza yg sanggup anta aku ke City Square dgn menaiki motor barunya..Naza nk anta sampai kota,tp aku xnk..kan nk berdikari..huhu..hujung minggu yg penuh adventure..

Akhirnya aku dapat g pantai Desaru..ahaha..terasa kerdil diri ini..setelah sekian lame x g pantai ni,akhirnya dapat g ngn my cousin mase kat Bandar Penawar..ptg2 rancang nk g bazaar je,pastu Nurul pon ajak g pantai..dgn xpakai helmetnya,aku pon merempit r kesana..ahaha..nice beach..

Ape point pg ni ek??ahaha..need someone to advise me rite now..huhu..Knp??erm..

Td bukak email,kaunselor mase kat MRSM dlu ade bg msg..die kate skrg ni mara tgh bukak offer utk jd pendidik MRSM aka cikgu MRSM..sebenarnya iklan ni yg aku tggu2..erm..xnk gelojoh..tp aku nk..someone pliz advice me..erm..betulke aku nk jd cikgu???tp 2 r yg pernah aku cecitakan dulu..tp teringat cabaran sir hanatta(cikgu add math form 5),,die kate "saya nk cabar kamu lbih dr saya,bukan setakat cikgu sahaja"..adoi..telah aku canangkan pd cecikgu dulu yg aku nk jd seorg cikgu sebenarnya sampai cikgu homeroom pon plik..siap cakap lg,kalau org dulu lainlah,depan mate mmg nampak cikgu je..erm

Adakah aku berada dilandasan yg betul..someone pliz advice me..gelojoh ke aku??tp cara ni r yg kaunselor ktorg wat dulu,apply mase final year..erm..tetiba terfikir gak,cane kalau tetiba ade peluang lain,mungkin lebih baik dr seorang cikgu..erm..entahlah..ade ke ek peluang??cane plak dgn cecita yg telah aku cipta skrg??once masuk UTM,telah mereka 1 cecita iaitu PM DR NOR HAMIZAH utk menaikkan semngat aku,tp ntah..terasa cam cecita ni akan dtg je(perasan je lbih,xde usaha pon)..erm..aduh..ape yg aku nk sebenarnya??aku xtau..

Mak cakap sambung je,org2 lain pon cakap sambung je..tp cakap je senang kan..erm..aku plak??erm..hati kate keje miza,hati 1 lg kate sambung miza..oh my god..ahaha..ntah pape je nk kusut2 mlm ni..tp 2 r..kne fikirkan sebelum due date ni..ahaha..

erm..berfikir selagi boleh..aku bukan bebudak lg..semoga aku dapat jawapan nanti..=)

Thursday, August 19, 2010

11 jenis manusia yang didoa malaikat

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

JODOH

Renungkanlah sedalam-dalamnya. Hanya ALLAH yang Maha Berkuasa ke atas
sesuatu..

"Jangan terlalu memandang bintang di langit hingga kita terlupa rumput di
bumi."



Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk


membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama
masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar
berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "


`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

TANDA 100 HARI SEBELUM KEMATIAN

Citation from someone's article..Untuk renungan diri ini dan kawan2 semua..

TANDA 100 HARI SEBELUM KEMATIANN - UTK RENUGAN BSAMA - SAMPAIKANLAH

BACALAH DENGAN TELITI!!!

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya Dan hanya
Akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun
Semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar
Atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan
Mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging
Lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan
Teliti Kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat Dan bagi mereka yang sedar Dan berdetik di
Hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan
Berhenti Dan hilang setelah Kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut
Dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan
Lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang
Terbaik untuk memunafaatkan masa yang Ada untuk mempersiapkan diri
Dengan amalan Dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah
Mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat Kita
Akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama Kita
Akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut Dan mula membuat
Persediaannya ke atas Kita, antaranya ialah IA akan mula mengikuti
Kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan
Memperlihatkan wajahnya sekilas lalu Dan jika ini terjadi, mereka
Yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk
Mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
Dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
Musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara
Tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi Kita
Iaitu diantara dahi kanan Dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
Berpuasalah Kita selepas itu supaya perut Kita tidak mengandungi
Banyak najis Dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan
Memandikan Kita nanti.

Ketika ini juga Mata hitam Kita tidak akan bersinar lagi Dan bagi
Orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh Dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu
dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan
harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk
di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam
diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita
kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang
akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak
forward this buletin...may ALLAH SWT bless you.
Saling berpesan2lah sesama kita........

Saturday, August 14, 2010

Saya mulai cinta kepada En. Adobe Photoshop

Tarikh : 15 ogos 2010
Masa : 2.00 pth
Tempat : Makmal pengaturcaraan Komputer, N28
Mood : sedang mengikuti kursus adobe photoshop..

Yeah..akhirnye..aku semakin cinta akan en adobe ni..skrg tgh waktu rehat, terfikir nk applied ape yg dah blaja dalam kelas ni..hehe..baru r aku tahu, kita bole wat macam2 dgn adobe photoshop darilah sekecik2 hilangkan jerawat hinggalah infinity(xterkira banyak gunanya)..

Kebetulan dalam pendrive aku ni ade gambar mase kat jepun je..so, aku amik r mase wat design ni..look like simple..bese r..1st learner..ni r hasilnya



ahaha..lawa x?? ok2,,mule balik kelas..n sedang memikirkan nk design ape plak..hehe..

Friday, August 13, 2010

Miss The Memorable Moment In Japan

Masa : 4.00 pg
Tarikh : 14 Ogos 2010
Tempat : bilik

Mood hari ni hepi..br pas study Inferential Statistik..x abis pon lg stdy..tp at least aku starting ade semangat nk blaja n xsangke boleh fokus..

Actually, sedang memikirkan tentang Jepun..ahaha..ape r Miza ni..xabis2 dgn Jepun..abis program pon masih pk Jepun ke??adoi..ahaha..ttbe terasa sangat Miss the time when I m in Japan..walaupun 1 jangka masa yang singkat, tp really enjoy..

Transform '10..program SRM yang aku rancang akhir tahun lepas n finally kami sampai juga ke sana seramai 13 orang..sesungguhnya, handle Jepun banyak mengajar aku dan sesungguhnya Pengalaman adalah guru terbaik dalam hidup..terasa sangat puas coz program ni aku fully handle n arrange, aku sendiri yg contact pihak jepun n semuanya kne buat sendiri coz kami daripada kelab yg independent,,bukan bawah fakulti..

seminggu di Jepun mengajar aku banyak perkara, bermulalah daripada budaya,punctuality, kebersihan n banyak lg..ingat lg, 1st day program, aku lambat datang dalam 5 minit,tp topik aku lewat menjadi topik utama yg diperkatakan oleh Mr Takeshima.argh..ape yg menarik kat Jepun ialah mostly semua akan berbasikal,x kisah r org 2 berpangkat dgn memakai kot yg smart or org biasa yg nk g ke pasar..sume xde beza..sebab 2 r most them kelihatan slim..

Keluarga angkat plak dapat yg sangat baik n most of the time yg kami habiskan bersama adalah memorable moment..xterkate,bandar yg cantik,persekitaran yg bersih dan kesopanan orang Jepun 2 sendiri..malas nk upload gambar kat blog ni coz most gambar dah upload kat facebook..sila buka Memorable Experience in Japan 1 dan Memorable Experience in Japan 2..

Saya akan ke Jepun semula..Dalam masa yang sama, sangat teringin nk g Jepun 4 da next time tp xtaw r bile ek..merencanakan sesuatu..dalam hati sangat berkobar2 nk blaja bebetul n kalau ade rezki nk sambung blaja kat sane..mungkin pada akan datang pengalamman yg lain,mungkin best and mungkin gak kurang best tp apa yg penting ialah sebab Jepun tu sendiri..Jepun adalah steeping stone utk blaja bersungguh2 skrg..ahaha..kita hanya merancang, Tuhan jua yg tahu segalanya but I do try myself..nk jumpe balik keluarga angkat kat sane..argh..

I just entering 20..4 sure with new mission..tp bese r,mission hanyalah mission..I do try myself..apa yg telah aku cita2kan xkn aku sesiakan..yeah..selamat berpuasa semua..

Monday, August 9, 2010

Untuk Seseorang yg bergelar Abg

Dedicated utk seorang senior yg bernama Abdussyakur

Apa yang tersemat di hati, xmampu nk luahkan dengan kata2 utk kamu mendengar..hopefully, u realize this note for you..salah seorang yg miza anggap sebagai abang yang banyak mengajarku tanpa aku sedari..

Ku tahu,pertemuan bersamamu sangat singkat sekali..segalanya bermula adalah kerana SRM,,SEKRETARIAT RAKAN MUDA..pertemuan pertama di bilik SRM, kamu masuk semasa meeting dengan muka yang poyo sekali..muke yang pernah miza benci masa program pertamaku bersama SRM iaitu Rakan Muda Wawasan Desa..Muke kamulah yang paling miza benci sekali pada mulanya kerana kamu pernah mambaling sijil program pada ketika itu..sebulan kemudian,aku menerima panggilan..

Abg Poyo : Hello, bole saya bercakap dengan Hamizah??
Miza : ye, miza ni..knp ye..
Abg poyo : anda terpilih menjadi salah seorang Sekretariat Rakan Muda..Apa program SRM yg pernah anda join??
Miza : ermmmm,,RMWD..
Abg poyo : 2 je??
Miza : ermmm,,aah..
Abg poyo : ok,xpe..jangan lupe dtg Agm pada_____(xingat tarikh)
Miza : erm,,insyaALLAH

dalam kekalutan, aku memegang jawatan sebagai JKM..namun,tawaran SRM aku terima jua..

Secara rasminya, aku menjadi SRM pada akhir 2008 hingga kini aku adalah seorang MT srm..banyak yg telah aku bljr selama aku bergelar SRM..aku juga adalah AJK biasa yg selalu menjadi harapan kerana ketika itu, aku dan raja sahajalah antara junior yg masih setia bersama SRM..bermula sebagai AJK publisiti,pengangkutan,protokol dan multimedia,pengarah Skuad Cinta Alam dan berbagai lg..

Sakur manawarkan aku utk menjadi pengarah program ke luar negara dan akhirnya program ini telahpun berjaya..kami telah ke jepun..namun, pelbagai cerita dan pengalaman yg aku dapat sepanjang mengendalikan program ini,,barulah aku tahu dimana tahap kemampuanku sebenarnya..barulah aku menyedari apa yg aku mampu buat dan segala kesalahanku..

Aku adalah kini..balajar utk menjadi matang hari demi hari..terkadang aku xsedar apa yanga aku buat ni betul atau tidak..sakur setia menanti utk berada di belakang aku tatkala aku kecewa, bergelutan dgn perasaan dan emosi,gembira dan sedih..aku akan mencari insan ini,,semakin hari,banyak yg aku dapat belajar ketika aku berada di atas..

To Abg Sakur
Thanks a lot for everything..I do remember you coz u are da 1st make me angry but the last, u make me happy..Banyak perkara yg Miza pikir selama ni I m in the right path but u antara da only person noticed bout it and menegurku dengan cara kamu sendiri.. banyak perkara yg dapat miza belajar dari kamu, bermulalah soal kerja2 sehinggalah soal hati dan perasaan kerana tatkala Miza tersungkur dalam soal hati dan perasaan, kamulah yg Miza cari tanpa kamu sedari..still remember ur word," Miza, u are woman,,not a childish,xsalah apa yg kamu rasa kerana u are woman.."..Miza xpastilah kamu ingat word ni atau x, tp I do remember it..xtaw knp mase 2 mst mencari kamu..Soal kerja terutamanya cara nk buat keputusan n cara nk menilai org,terutamanya semasa nk handle Jepun, I know who are my true friend,,org yg sama2 susah dengan Miza sepanjang masa walaupun Miza secretive dalam segala permasalahan..My mission masa 2, Miza nk bawak sume SRM yg Miza syngi ke Jepun walau camnepun,n akhirnya program ni berjaya terlaksana juga..Kamulah antara org yg percayakan kemampuan Miza..Pasni,kamu xtemankan Miza main buai lagi tatkala Miza sedih..erm..maaf salah dan silap selama ni,jika pernah sakitkan hati kamu dan segalanya..semoga kamu bahagia hingga akhir hayat..Erm,,sedih xdapat nk penuhi apa yg Miza pernah cuba nk buktikan pada kamu nt iaitu CPA 3.9..I cant,but Miza harap, kamu still akan datang dengan Kak Miza nt mase mu graduation time n Miza akan cuba buktikan sesuatu pada kamu nanti..Miza lembap,terasa bodoh,terasa lambat pick up ttbe,xpandai nk bahagikan mane keutamaan,xpandai segalanya but I try step by step to become a perfect person by the rest of my lifetime after this..arigato gozaimasu..
drpd seorang junior yg bergelar adik

>>>saya bukanlah seorang pendebat yg pandai berkata,saya juga bukanlah seorang pujangga yg pandai berkata puitis, saya bukanlah seorang yg cendekiawan yg mampu merancang segala,namun saya hanyalah insan biasa yg cuba akan belajar setiap masa..hopefully,saya akan menjadi org yg practised and organized satu hari nanti..mungkin saya xdapat nk tunjukkan kemampuan saya sekarang, tp mungkin juga satu hari nanti..no one knows..<<<