*Saya bukanlah seorang pujangga yg bijak berbahasa, bukanlah seorang cendekiawan yg petah berbicara, bukan jua seorg ilmuan yg terlalu luas ilmunya..Blog simple, sekadar suka-suka utk coretan diri sendiri sahaja,mungkin juga umpama diari hidup ini*

Friday, February 19, 2010

~Selamat Berjuang Wahai Adikku~

Tarikh: 19 Februari 2010
Hari : Jummat malam
Tempat : Rumahku
Mood : Partially sad & partially happy..=( + =)

Tatkala ini,aku baru mendapat panggilan dari adik perempuanku, Nur Azlin..kegirangan suaranya menggembirakan hatiku tetapi ketiadaannya menyedihkanku..Aku sedih tatkala ini..Start dari Nur menjejakkan kaki ke MRSM Pontian pada 17 Feb lalu lg hatiku sayu..Beginikah perasaan seorang kakak yang sentiasa melihat adiknya membesar & berjaya di hadapan matanya?? Sebelum meninggalkan MRSM,aku sempat kemaskan segala barangnya,ironkan baju2 sekolahnya..kalu boleh,rase hati ni nak tinggal bersama Nur n jage Nur setiap hari..



*Aku terfikir utk menulis sebuah puisi/karangan khas untuk adikku, Nur Azlin binti Miswan..Terase hatiku menangis pedih..


SELAMAT BERJUANG WAHAI ADIKKU

Adikku,
Tatkala waktu ini,
Jiwa kakakmu terasa kosong,
Setiap masa fikiran ini sentiasa memikirkanmu,
Ada ketika air mata ini tumpah kerana risaukan dirimu,
Ada kala kakakmu termenung jauh,
Memikirkan apakah yang kamu lakukan disana.

Adikku,
Di kala ini tiada jeritan suaramu dirumah,
Tiada rungutanmu didapur,
tiada katamu yang selalu melawan cakap kakakmu ini,
Tiada tawa riangmu menghiasi.

Adikku,
kakak izinkan pemergianmu,
kamu pergi kerana kakakmu,
Kamu pergi untuk menggembirakan hati seorang kakak,
Pemergianmu untuk mengikuti jejak langkah kakakmu ini,
Pemergianmu untuk memperoleh ilmu dunia akhirat,
Pemergianmu kerana tuhanmu.

Adikku,
Perjuanganmu masih jauh,
masih banyak yang perlu kamu tempuh,
masih banyak yang perlu kamu pelajari untuk menjadi seorang manusia,
Kerana akak percaya disana,
Banyak perkara akan kamu pelajari,
Kamu akan mengerti,
Apakah itu PERSAHABATAN,
Apakah itu PERCINTAAN,
Apakah itu KESUSAHAN,
Apakah itu PELAJARAN & CITA2,
Dan yang paling penting,
Apakah itu PENGORBANAN.

Adikku,
Doa seorang kakakmu disini,
Untuk melihat kamu berjaya,
kenanglah jasa ibu bapa kita,
Kenangilah budi mereka,
Kakakmu tidak mengharap untuk adik kenang kakakmu,
Yang paling penting,
Belajarlah untuk kenal dirimu.

Adikku,
Kakak sayang padamu,
Biarlah adik pernah membenci kakak sekalipun,
Biarlah adik pernah menengking kakak sekaliun,
Kerana kakakmu ingin dikau tahu,
Kakak amat sayang dirimu.




Semoga Nur tabah menghadapi kehidupannya sebagai salah seorng pelajar tingkatan 1 MRSM Pontian..Jangan lupe solat n pergi surau ye dik..Lg 1,sempat lagi aku ambil gambar adik bongsuku apabila Nur xde kat rumah..sentiase muram n sayu,maklumlah,teman gaduhnya tiada lg..ahaha..

~ahad ni b4 balik UTM nak jenguk nur kat MRSM Pontian..Terpaksalah amek bas dari Pontian terus ke JB..Aduhai..xpe,demi Nur..=)~

No comments:

Post a Comment