Apa yang dah jadi sepanjang tahun??
Awal 2013 adalah pertukaran daripada status pelajar kepada pengajar (pensyarah). Bermula pd 14 Jan, aku telah melapor diri sbg pensyarah di Fakulti Sains Komputer & matematik, UiTM Segamat, first sem dapat subjek Business Math and Intensive Math. Business Math plak agaklah pning utk sbb xprnh plak blaja ke arah tu. Tp alhamdulillah, sempat jugak habiskan 1 sem dan sem sterusnya, pegang subjek Intensive math. 8 bulan di UiTM mengajar aku utk jd seorang pengajar dan x mudah sebenarnya utk menjadi yang terbaik. 16 Ogos adalah hari terakhir di sana. Walaupun sgt sedih, tp rasa puas.. sesungguhnya, sgt rindukan suasana kat sana. Didoakan semoga mereka semua berjaya dunia akhirat..
Pertengahan tahun, Mei aku grad dgn Sarjana Sains (Matematik). Alhamdulillah grad dgn jayanya bersama 2 kenangan, iaitu dpt Best Postgrad Student Award dan Pro-Chancellor Award. Dptla, medal, RM 1500 dan msuk surat khabar. Alhamdulillah, segala yang diimpikan tercapai.
Bulan 8, bertukar angin dan 22 Ogos secara rasmi aku lapor diri sbg pensyarah di Fakulti Teknologi Kejuruteraan, UTeM Melaka. Maka, bermulalah realiti sbenar sbg pensyarah di sini. Alhamdulillah, dpt beli 1st car guna duit sendiri. Cabaran mengajar kt utem plak semestinya berbeza dgn uitm sbb mebi students nampak matang. Try utk involve dgn mcm2 aktiviti, tanda paper matrikulasi dan sbgnya..
Mebi ini antara event yg terpenting sepanjang 2013. Semoga cabaran dan dugaan yang dilali mematangkan diri ini utk menghadapi cabaran mendatang kelak. Terkadang, rindu jugak zaman student dulu.. senang,.tp hidup mesti diteruskan sebaiknya.
Semoga 2014 yang bakal tiba dpt bina mcm2 lg kenangan, suka duka dan semoga ia lebih baik dari 2014.